Monday 18 June 2012

Seni Bercakap di Khalayak (ORTORAKI)



Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Kelemahan semua pelajar selalunya adalah apabila bercakap di khalayak. Berdasarkan pengalaman saya menilai sama ada penilaian secara langsung (sebagai hakim) atau bukan secara langsung ( sebagai penonton), pelajar yang bercakap di khalayak selalunya akan gugup, terdiam, menggeletar, melalut dan banyak lagi kerenah yang tidak sepatutnya ditonjolkan. Ada beberapa orang rakan saya bertanya kepada saya mengenai bagaimana untuk mengatasi perasaan takut bila bercakap atau membentang di khalayak. Menyedari persoalan ini begitu penting terutama kepada pelajar SETARAF STPM, MATRIKULASI, IPTA & IPTS, saya merumuskan beberapa tips ringkas sebagai panduan.

1) MULAKAN  DALAM KALANGAN AHLI KELUARGA DAN DI DALAM KELAS
Selalunya interaksi kita dengan kenalan lama (sahabat, rakan sekelas) dan ahli keluarga berbeza dengan orang lain (penonton/audien). Oleh itu, sebelum bercakap di khalayak, berlatihlah bercakap di depan kenalan lama. Rasakan perasaannya bila bercakap depan kenalan lama ini. Tidak ada perasaan takut, resah , gugup dan sebagainya.   Kita tenang bila bercakap di depan kenalan lama. Bawa 'perasaan' ini untuk memikat orang lain pula seperti penonton. Anggap semua penonton adalah kenalan lama kita, insyaAllah perasaan gementar dan gemuruh itu akan beransur-ansur hilang.  

2) KUASAI BAHASA
Masalah utama yang boleh membunuh keyakinan juruacara atau pembentang adalah bahasa. Selalunya ada 3 bahasa POPULAR yang selalu dipersembahkan di mana-mana majlis atau keramaian di Malaysia iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Saya fokuskan kepada penguasaan Bahasa Melayu kerana penggunaan Bahasa Melayu di majlis-majlis rasmi adalah majoriti. Aturan bahasa penting untuk menghasilkan ucapan yang berkesan dan menarik perhatian audien. Di samping itu, jika bahasa teratur, secara automatik keyakinan bertambah. Caranya, kuasai bahasa-bahasa umum yang asas, seperti bahasa yang terdapat di dalam intipati Salam, Kata-kata aluan, dan Penutup. Jika PEMBUKAAN sesebuah bicara di khalayak mempunyai aturan bahasa yang sempurna, maka anda telah berjaya menguasai separuh dari kegugupan anda.

3) TEKS
Teks adalah teman paling akrab ketika membentang di khalayak. Lebih elok jika teks itu ditulis sendiri oleh anda untuk memantapkan lagi pemahaman anda. Menurut pengalaman saya, kebanyakan individu yang gagal mempersembahkan sebuah ideologi disebabkan ketiadaan teks. Jika perkara sedemikian berlaku, maka individu tersebut akan gugup dan mencari teksnya. Oleh itu, penyediaan teks yang lengkap, sistematik dan mudah difahami oleh anda adalah penting. Satu tips mengenai teks, jika boleh, jangan terlalu terikat kepada teks yang anda tulis. Janganlah terlalu ikut BULAT-BULAT aturan teks yang anda buat itu. Hal ini pernah terjadi di sesebuah Pertandingan Pidato tahun 2010 di Universiti Malaysia Sabah, seorang pemidato yang terlalu terikat dengan teks telah gugup apabila SEPOTONG AYAT dalam teks pidatonya gugur dari ingatan. Kesudahannya, dia terdiam sepanjang masa berdetik. Biasakan diri untuk menjadi individu yang spontan.

4) FAHAM
Penting untuk anda faham apa yang anda cuba sampaikan. Kuasai apa yang anda hendak cakap. Selalunya yang memerlukan pemahaman yang 'ekstreme' adalah peserta pidato, debat dan bahas yang memerlukan penguasaan 100% terhadap apa yang mereka hendak sampaikan. Bayangkan jika di sesebuah majlis, anda tidak faham misi, visi, tujuan dan objektif majlis itu, tetapi anda diminta untuk mengendalikannya. Sudah pasti takut bukan? Begitu juga dengan pembentangan. Sebelum membuat pembentangan, anda hendaklah menguasai apa skop anda. Biasanya, ada beberapa perkara yang perlu diambil tahu sebelum memulakan pembentangan atau percakapan.
i) apakah agenda majlis ini? / apakah yang akan dibentangkan?
ii) Apakah tujuan pembentangan/majlis ini?
iii) Apakah susunan/prosedur majlis/pembentangan ini?

5) LAIN-LAIN
Tips-tips  lain seperti bahasa badan, mimik muka, intonasi bercakap juga penting untuk menarik perhatian audien. Personaliti mestilah menarik ketika berada di atas pentas. Jangan terlalu santai dan jangan pula terlalu dingin. Satu lagi, jangan terlalu senyum jika anda baru pertama kali berada di atas pentas, sebab senyuman 'nervous' sangat menjelekkan (hahaha) dan akan menjadi bahan ketawa audien. Gugup menyebabkan individu tersebut berpeluh, pipi dan telinga merah dan mata membesar, berair dan merah, jadi pastikan ini tidak berlaku pada anda. Kalau boleh , jangan pegang mikrofon. Guna 'stand mic' supaya anda tidak gugup tengok tangan anda sendiri menggeletar. Selalunya kalau kali pertama menjadi perhatian khalayak, nafas kita akan semakin kencang dan tidak teratur. TIPS, minum air mineral 5-6 teguk untuk melegakan nafas tu. pejam mata 15 saat, tarik nafas dalam-dalam, dan hembus. InsyaAllah, semuanya akan baik-baik sahaja.

TERIMA  KASIH SEBAB LUANGKAN MASA MEMBACA. Sebarang komen , pendapat, pertanyaan dan cadangan adalah sangat digalakkan untuk memperbaiki kelemahan saya dan kita bersama.
ASSALAMU'ALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA.

Papai Duluu

Assalamu'alaikum. saya masih baru dalam dunia blog ini, dan saya harap saya akan mendapat dapat kerjasama penuh daripada yang pakar-pakar di luar sana.
Mukadimah ini hanyalah sekadar pengenalan dahulu. Apa yang bakal saya kupas melalui blog ini adalah umum dan mungkin tertakluk pada spesifikasi mana-mana isu. keperibadian dan isu-isu kendiri mungkin kurang diketengahkan. Buat masa ini mungkin hanya sekadar permulaan yang mana InsyaAllah akan membawa kepada perkembangan dan pembawaan lanjutan. Terima kasih kepada Saudara Naim (semoga sejahtera sentiasa) dan kepada Saudara Izwan (semoga sejahtera sentiasa) atas bantuan dan inspirasi untuk menghasilkan blog ini. saya harap sokongan kalian adalah konsisten sebagaimana tekadnya saya menghasilkan blog ini. Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. (skema laa hihi)